29.1 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

74 resolusi, 150 program KEB2024 dimuktamad – eNews Malaysia

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata kejayaan sebenar KEB 2024 terletak pada usaha menyeluruh semua pihak berkepentingan untuk menterjemahkan resolusi berkenaan dalam bentuk pelaksanaan yang efektif. (Gambar eNM)

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Jawatankuasa Pemandu) yang berlangsung hari ini memuktamadkan 74 resolusi dan 150 program yang digariskan melalui pembentangan 10 Kumpulan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024.

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata resolusi dan program itu, telah dirangkumkan di bawah Transformasi Ekonomi Bumiputera melalui tiga matlamat iaitu, keadilan sosioekonomi, kemampanan negara bangsa dan kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat.

“Ini termasuk cadangan Perbadanan Tanah Bumiputera, Tabung Waqaf Mara Madani, Generasi Usahawan Bumiputera dan Pembangunan Tanah Rizab Melayu seperti dinyatakan di dalam KEB 2024 yang dianjurkan pada 29 Feb hingga 2 Mac lepas.

“Selain itu, mesyuarat juga telah menetapkan jeda waktu bagi setiap kumpulan mengemukakan laporan kemajuan secara berkala dan menetapkan sasaran untuk satu sesi pelaporan setahun pelaksanaan KEB dilakukan secara berperingkat dan dibentangkan sepenuhnya pada Mei 2025,” katanya dalam kenyataan menurut eNM.

Katanya, kejayaan sebenar KEB 2024 terletak pada usaha menyeluruh semua pihak berkepentingan ekonomi Bumiputera untuk menterjemahkan resolusi berkenaan dalam bentuk pelaksanaan yang efektif.

“Ini bagi meningkatkan keyakinan rakyat akan kesungguhan kerajaan dalam melaksanakan apa yang telah di resolusikan,” katanya.

Zahid berkata, mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Mac lalu juga bersetuju supaya satu sekretariat tetap ditubuhkan di bawah Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB), yang akan dipengerusikan sendiri oleh perdana menteri, bagi memastikan setiap resolusi tersebut diperhalusi dan dipastikan keberkesanan pelaksanaannya.

Stay present – Follow eNM on WhatsApp, Google information and Telegram

“Segala tindakan susulan akan sentiasa diperhalusi, dipantau secara berkala dan pelaksanaannya ditambah baik dari semasa ke semasa, untuk mengangkat darjat ekonomi Bumiputera ke tahap yang lebih baik,” katanya.

Related Articles

Stay Connected

678FansLike
104FollowersFollow
248SubscribersSubscribe
- Advertisement -

STAY IN TOUCH

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

Latest Articles

Lazada