31.4 C
Malaysia
Thursday, October 21, 2021

Hampir 69 peratus dewasa Malaysia lengkap vaksinasi setakat semalam: JKJAV

KUALA LUMPUR: Sebanyak 68.8 peratus atau 16,107,712 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini, memaklumkan sebanyak 313,751 dos vaksin Covid-19 melibatkan 132,640 dos pertama dan 181,111 dos lengkap diberikan semalam, menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Sebanyak 20,677,827 individu atau 88.3 peratus populasi dewasa Malaysia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 setakat Isnin,” demikian menurut JKJAV.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.-eNM

Related Articles

Stay Connected

537FansLike
104FollowersFollow
248SubscribersSubscribe
- Advertisement -

STAY IN TOUCH

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

Latest Articles